Friday, November 30, 2012

December is finally here

Assalamualaikum w.b.t

Today is 1st December 2012, 02.45pm and I am in front of tv. (like usually).....

WoW! Akhir nya December pon sampai. Rasa nya macam baru semalam aku ngan dak2 ni bersiap2 nak g men bowling kat Wangsa Walk time cuti new year hari tu (1/1/2012). Hari ni rupa nya da 1/12/2012 da. 11 bulan berlalu macam tak terasa, lagi 1 bulan nak masok tahun 2013 (kalau panjang umur In Shaa Allah) Sepanjang 11 bulan ni da macam2 terjadi kot, sebab tu macam tak terasa setahun tu da berlalu. So far the best and the worst were happened in this year.

At the same month last year........ (flash back, flash back)
Aku da keje as full time teacher at 1 secondary school kat area Damansara ni. and also, aku da pindah umah, dari Wangsa Maju ke Kota Damansara. Serious aku rindu suasana rumah aku kat Wangsa Maju. Aku tinggal sana dekat 3 tahun. Biarpun rumah tu kecik and buruk, aku tetap sayang. Orang dalam rumah tu pon aku sayang even kadang2 ada jugak masa tak puas hati lah sentap lah pe lah... tak lari lah kan kalau da dok 1 umah...pompan2 lak tu... ramai lak tu..haha...
Rumah flat kecik je, 2 bilik. Tapi ada 6 orang sewa dalam tu termasuk aku. hahaha.. best x? Time study mah, mesti mau jimat. Tapi even rumah kecik, semua dekat. Jusco depan mata, LRT bape langkah da sampai. Bus and Taxi berlambak. Pasar malam belakang rumah, Masjid and bank betul2 depan rumah. So memang terbaik lah.
Selama 3 tahun kat umah tu pengalaman terbaik. Happy and sad semua ada, dari aku kapel sampai bf aku kantoi curang, sampai aku single, sampai aku ada banyak skandel, sampai aku putuskan all communication dengan skandel2 aku and sampai lah aku pindah ke Kota Damansara. hahaha..bunyi macam jahat je aku pasang skandel kan..konon lah, aku ni bile masa lak pandai pasang2 skandel. Saja wat crita konon nya aku hot lah ramai orang nak. hahahaha...
5 orang lagi housemate aku memang the best lah. Aku rasa aku dok umah berhari2 tak kuar pon xpe lah kalau dengan dorang. Giler tak rasa boring. Tapi dulu memang jarang ktorg nak kuar sangat, 1 sebab tak de duit. ye lah time study, mana nak mewah sangat. Pastu, dalam rumah yang xde pape pon boleh enjoy. hahahhaa... keje aku download movie banyak2, pastu ktorg pon buat ala2 panggung wayang lah tiap2 malam. hahahaha... kalo nak kuar kami pun pusing2 lah dalam jusco, cuci mata je lah. takde duit kan. hehehe..

Pas convo aku dapat keje kat Jalan Ampang, kejap je aku keje kat ctu pastu dpn offer keje kat damansara skrg ni. Nak mati budjet aku lari dari Wangsa Maju ke Kota Damn. Nak x nak aku kena pindah gak, cun2 Bibiey and Mawa pon dapat keje area Damansara gak. So ktorg cari lah rumah, pastu before nak pindah wawa tanya kalau dia boleh pindah masok sama2. Ktorang ok je. So jadi lah ktorg 4 orang jadi housemate baru kat Kota Damn ni.


And then tahun ni full whole year aku keje kat skolah tu. Sebab time aku masok da pertengahan tahun 2011. So tahun 2012, official aku dapat rasa macamna kerja one whole year kat cna. Perghhhh... bukan alang2. Orang pon macam tak percaya kerja cikgu boleh susah macam tu. Serius aku cakap, sekolah ni memang lain dari yang lain. Sekolah ni ada banyak events, and cikgu2 lah kena in-charge setiap kali event ada. Aku da merasa macam2 da, keja dalam technical, keja dalam stage management, keja design2, keje buat props and stage set....u name it, aku da rasa da. So setiap tahun benda2 ni aku akan repeat. memang giler penat, esp bila time event paling besar tu aku akan masok keje kol7 balik kol12 malam. Da macam keja ofis lak. Yang tak best nye, kalo kat ofis orang kire OT. Kat sini tak yah nak harap lah ye, no OT!
Time tu aku giler stress + magrain + bz + makan tak tentu + bad mood.. hahaha.. tapi syukur lah tahun ni ada Faris peneman. Bila aku da balik tgh malam dgn semua stress2 tu, aku borak ngn dia kejap...sedap lah hati aku sikit. tapi giler sensitif aku time tu. Tak leh salah sikit memang rasa nak mengamuk je. Kat skolah lagi lah, aku paling pantang bile orang sukahati memandai nak tukar and komen itu ini pasal keje aku. Tak tahu pape pastu sukahati nak balun aku. Tak kire lah bos ke tak bos, aku dgn selamber nya akan depend keje aku lah. ye lah, sebab aku sorang tau keje aku tu macamna..kalau tak tahu pape sila tanya dlu jangan nak balun macam tu je. Since that, aku rasa suma da kenal aku kot...hahahaha.. tengok cam pendek je kan, tapi bile bersuara 1 dewan besar tu akan dengar. Aku rasa nya memang macam tu kot, pasal keje aku memang strict and tegas. aku tak kan bagi sukati orang nak kondem keje aku. Tapi ada bagus and buruk nya gak aku macam ni. Yang bagus nya suma orang tak kira orang lama ke baru da respect kat aku, and buruk nya bila dorang da respect and yakin cara aku wat keje...maka makin banyak lah keje aku dorang bagi. hahahaha...

Pastu dalam tahun ni gak In Shaa Allah 8.dec.2012 kalau panjang umur and panjang jodoh.... Something kinda big akan terjadi between me and Faris. Bukan nikah, bukan tunang ye...hehe.. its like 1st official step we gonna take in our journey to be together..In Shaa Allah.. nak tahu pe dia? tunggu lah lepas 8th Dec nanti aku update kat blog. Kalau aku tak update maksud nya tak jadi lah tu (ehhh minta simpang)...

Since nak dekat cuti panjang, time kursus hari tu ramai tol cikgu2 bz body tanya aku bile nak kahwin. Ni sebab nye cuti skolah da dekat, ramai lak cikgu2 bujang nak kahwin. So, since aku bujang aku pon jadi mangsa....penat aku dengar soalan2 typical ni.

Bila cikgu2 ni tanya "When u gonna get married?"
Aku dengan selamber jawap "Wait till u get 5 children"
hahaha.. sebab most of cikgu2 ni anak dorang ada 2 atau 3 orang je.
Orang zaman sekarang kan, mana nak ada ramai anak...
hahaha..
So dorang akan jawap "That will be forever"
and aku jawap "nevermind....I will wait...hahahahha..."

Aku malas sebenarnya nak jawap2 soalan macam ni. Aku lebih suka diamkan je.
Kalau kawan2 rapat aku tnya, aku jawap pon "In Shaa Allah... tunggu jemputan..hehe.."
Yang tau family aku lah, itu pon aku da warning mama aku jangan kecoh kat makcik2 aku yang laser tu.
Ye lah kan, nak kecoh bukan nya majlis nye esok. In Shaa Allah lama lagi, so better diam2 plan dulu. Da dekat2 nanti baru kita kasi kecoh 1 kampung kan. Hahahaha...
And bukan apa aku malas nak kecoh sangat, malas nak menjawap soalan2 dorang ni.
Nanti bila aku jawap "In Shaa Allah lagi 1tahun lebih"
Pastu banyak lak soalan lain yang kuar kan...
Contoh nya..
"Bila lah tu?"
"Agak2 bulan berapa""
"Nak buat time cuti skolah ke?"
"Dengan orang mana ek?"
"Brapa mak ko minta hantaran?"
"Pas tu nak dok mana lak?"
haaaaaaaa....tu dia.... tak mampus aku... blom pape lagi aku da penat menjawap soalan macam2...hahahaha

Kalau aku jawap "In Shaa Allah...tunggu korang kahwin dulu"
hahaha..pastu paling2 pon dorang gelak tak pun myampah dgn jawapan aku pastu tak nak tnya pape lagi da. hahahahha....

Macam hari tu aku online sja ushar2 door gift (awal nye! haha).. saja nak servay2 harga macamna kan sebab takde pengalaman so tak leh nak budjet. Bila da servay, so boleh agak lah kos brape kan. So ada lah 1 blog ni, doorgift memang cun. Aku pon like lah, aku tak sangka lak LIKE aku tu boleh appear kat wall FB aku. CIS!
Da pulak time tu Mr E ni online, dia boleh LIKE pastu comment "Macam ada nak makan nasi minyak je ni"
Aku pon rep "aah, nasi minyak ko ngan c ehem2" Pastu dia rep blk "tapi aku takde lak nak like2 page doorgift ni" hahahaha...
Aku tros UNLIKE blog tu, and delete.
Kecoh tol Mr E ni...hahahaha...
Aku crite kat Faris, dia lak leh jawap "alah biar lah, hint2 kat orang" hahahahah...
Sabar je aku... 2x5 je...

Teringat aku, baru brapa hari lepas..aku send gmbr kat Faris. Gambar lelaki sarung cincin kahwin kat pompan. Pastu Faris tnya "suka ek? hehehe"
Giler tak suka kan... hahaha.. aku saja je send gmbr tu sebab tak pernah2 aku send gmbr mcm tu.
Serious macam2 perasaan aku rasa since Faris propose aku. Dia ajak tunang, nak merisik, bincang duit hantaran, bincang tarikh nak kahwin.
Sekarang ni bila masa da nak dekat utk family Faris and family aku nak jumpe, lagi berdebar2 aku rasa.
Perasaan aku bercampur aduk, definitely not a bad feeling. I feel good.
All women fantasy to get married with the one their love. Aku tak pernah bincang pasal kahwin dengan serious macam ni. Its like finally it comes true.

Aku sendiri cakap kat mama aku, time nak bincang sal kahwin tu aku cakap kat mama
"serius kay tak tahu pape pasal kahwin, kay sendiri rasa mcm neves..sebab sebelum ni takde sape yang betul2 nak kat Kay"

Mama aku lak boleh jadi emo lak time aku cakap macam tu, sebab first time in my life aku tak penah cakap pasal perasaan and relationship aku kat parents aku. kalau aku kapel, aku cakap je aku da kapel. kalau putus, aku cakap je da putus. even sebab putus pon aku tak cakap. Aku bukan jenis open pasal perasaan2 ni dpn mama abah aku. so bila aku da cakap mcm ni, makin lah mama aku ni suka kat c Faris. Sebab nye aku kan cakap takde sapa yang btol2 nak kat aku sebelum ni, kecuali Faris. makin tak sabar nak menimang menantu da mama aku tu.  Sekarang ni kalau on the phone ngan mama tak sah kalau tak tanya sal Faris. Kalau Faris da keje sampai malam2, mula lah mama aku kesian kat dia. Yang aku ni pon kadang2 keje smp malam gak ajar tuisyen, macam tak kesian je. hahaha..

Btw, got to go. Nak bersiap jap sebab nak kuar jap g jumpa ana and jah. Yehuuu.. tak lah boring kat umah sangat kan.

Faris, if u read this........
semoga jodoh milik kita, sayang.
I dont care if the whole world can read this, I just want them to know that I will ever wanted anyone like I want u in my life. lets spend the rest of our life together. Amin.....



No comments:

Post a Comment